Tips Hebat

Banyak yang aku nak kongsi bersama rakan-rakan ni. Tentang tips-tips hebat yang tried and tested by aku. Sila cuba ya. . .

1. Scrub muka paling murah.
Sebenarnya senang je kalau adik-adik sekalian nak buat scrub muka sendiri. kadang-kadang yang jual kat pasaran tu tak berapa kena ngan muka kita. jadi, apa yang perlu kita buat adalah, sila cuci muka seperti biasa dengan pencuci muka kegemaran masing-masing. yang luar biasanya adalah tambahkan sesudu gula kat tapak tangan dan sapu rata-rata kat muka (muka sedang berbuih, okay). gosokkan sehingga gula tadi larut. nah! sekarang anda sudah ada scrub muka yang bagus. bukan setakat gula tu adalah lembut pada kulit, malah menjadikan anda manis juga.

2. Muka tegang.
Senang je. ambil telur (ataupun asingkan sikit putih telur time nak masak). sapukan putih telur kat muka rata-rata. tunggu sampai kering. kan muka dah jadi tegang. ha ha ha. sila bilas. kalau buat hari-hari confirm muka tegang dan bersih.

3. Buat keputusan.
Kadang-kadang kita akan jadi buntu bila nak buat keputusan. aku boleh tolong permudahkan. misal kata anda buntu nak pakai baju merah atau biru. ambil duit syiling, tentukan merah kepada sen dan biru kepada parlimen. kemudian, sila lambung dan tangkap. apa yang anda nampak, itulah pilihan anda. tapi, kalau anda sendiri rasa tak suka kepada yang anda nampak, maksudnya pilihan anda adalah yang lagi satu. sonang jo, bai!

4. Topeng ketika tidur?
Topeng di sini bukan lah versi topeng Bandi Amuk ye tuan puan. jika anda mahu kelihatan segar apabila bangun dari tidur walaupun tak cukup tidur, pakai lah sleeping mask dari Bio-Essence. aku bukanlah duta mereka. aku cuma mahu kongsi cara yang cukup paling berkesan. sapukan mask tersebut rata-rata dan kemudian tidur. bilas apabila anda bangun. kulit akan menjadi lembut, dan mata kelihatan super segar. cubalah. dapatkan di farmasi berdekatan anda. again, aku bukanlah duta mereka okay.



No comments:

Post a Comment

komentari best