Sunday, April 24, 2011

11. Budak Junior

Siapa tak suka budak junior angkat tangan? Huh. Semua orang suka budak junior. Waktu kat sekolah dulu, tiap kali pengambilan pelajar baru sahaja, mesti ramai yang suka hati. Budak junior best. Boleh buli. Boleh ngorat. Boleh buat adik angkat.

Tapi bukan itu sebabnya aku suka budak junior. Aku bukan jahat. Bukan gatal juga.

Aku dulu belajar kat sekolah berasrama. Time aku form 3, ada la segerombolan budak junior form 1 masuk dorm aku. Aku tak buli budak sebab aku baik. Petang-petang lepas riadah, dorang suka lepak kat locker aku sementara nak tunggu turn mandi. Dorang belek baju aku yang penuh sealmari, sambil tengok-tengok gambar yang aku tampal kat dinding locker tersebut. Antara banyak-banyak gambar tu, ada lah terselit gambar Siti Nurhaliza.

Budak Junior: Eh, eh! Siti la. Mana dapat gambar dia ni?
Aku: Aah, Siti. Aku ngn Siti tu sepupu.
Budak Junior: Laa... Ye ke? Patutlah akak ngan Siti ni ada iras-iras.
Aku: Iye? (dalam hati tersenyum kemenangan)

Sebab tu lah aku pun suka budak junior. Lagi satu, tak mungkin seseorang itu letak gambar sepupu kat dinding locker.

Friday, January 21, 2011

10. Pengalaman Aku Pergi Kerja Naik Bas

Dulu, sewaktu aku masih belajar kat UiTM Shah Alam, aku bekerja sambilan di McDonald's KLIA. Happynya waktu tu toksah katalah. Pegang duit poket sendiri mengenalkan aku kepada hobi membeli-belah. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Aku pergi kerja naik bas. Satu lesson yang aku belajar dari kakak aku yang turut bekerja di KLIA adalah, bila nak naik bas, jangan cakap kat driver, "Nak pergi KLIA", sebaliknya cakap, "Airport ya," sebab menurut kakakku, ayat yang pertama itu cuma digunakan oleh orang Indon dan Nepal sahaja.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Waktu tu uniform McD adalah baju kaler oren terang yang ada tulisan "I'm Lovin' It". Waktu tu juga aku adalah seorang budak baik yang tak pakai seluar apabila keluar, jadi aku akan pakai pakaian biasaku iaitu jubah dan tudung litup yang menutup dada. Sampai tempat kerja, baru aku tukar kepada baju oren uniform itu.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku pergi kerja macam biasa. Naik bas Sepang dengan harga tiket sehala RM2.20 ke KLIA. "Airport ya", kataku kepda driver India yang selalu senyum-senyum tu. Aku pakai jubah warna krim pastel, dan tudung ada corak bunga-bunga. Macam biasa, tak ada pun tempat kosong dalam bas tu, jadi aku berdiri di sebelah tempat duduk seorang gadis India. Kat sebelah gadis India tu ada seorang pakcik. Dia senyum kat aku. Bagi menghormati orang yang lebih tua, aku pun balas senyuman tu.

Gadis India tu tiba-tiba bangun. Oh, rupa-rupanya dia dah sampai ke destinasi. Memandangkan sangatlah azab berdiri dalam bas Sepang, aku pun duduklah kat tempat gadis India tadi, di sebelah pakcik senyum tu. Di kala aku sedang menikmati tiupan angin yang menerbangkan tudungku ke sana ke mari, tiba-tiba pakcik tu bertanya soalan yang boleh buat aku kembang hidung sampai sekarang,

"Anak ni kerja pramugari ya?"

Tuesday, January 18, 2011

9. Aku dan Kambing

Memoir seorang M.

Dulu bapaku ada membela kambing. Taklah banyak, tapi cukuplah untuk memberi makan kami anak-beranak. Dalam ramai-ramai kambing tu, aku cukup manja sekali dengan seekor kambing berwarna coklat. Siap aku 'chop' beliau sebagai kambingku. Kalau ada masalah, aku akan naik kandang beliau, temankan beliau makan daun dan menceritakan segala masalahku walaupun waktu tu aku masih darjah satu. Aku cukup senang dengan beliau. Beliau tak banyak cakap. Aku tanya soalan, beliau jawab sepatah. Aku cerita macam-macam kat beliau, jawab sepatah juga. Aku rasa mungkin vocabulary beliau tak banyak. Pernah sekali tu, time beliau nak lahirkan anak-anak, aku berdiri sebelah beliau sambil mengusap-usap kepala beliau. Ah, memang manis kenangan itu. Kerana kami akrab, aku namakan beliau sebagai Kiko. Kakak aku cakap, "Entah apa-apalah bagi nama kambing Kiko."

Tapi aku rasa itu lebih baik dari kambing dia. Nama kambing dia Snoopy.

8. Azam Tahun Baru

Aku suka tahun baru. Sebab tiap-tiap tahun aku berazam baru. Mula-mula aku berazam time Maal Hijrah. Heh. Bila aku dah langgar mana-mana azam (contohnya nak berhenti cakap b*%#@ atau c%#@*+^$), aku akan pujuk diri sendiri. Tak apalah, biar aku mula time tahun masihi sahaja. Jadi, Januari setiap tahun, senarai azamku akan jadi panjang.

Tahun ini aku berazam akan buat kerja dengan sungguh cepatnya. Tapi nampaknya aku dah gagal sebab entri ini sepatutnya ditulis pada 1 Januari 2011. Tapi aku pujuk diri sendiri dengan mengatakan, "Tak apalah... 18 Januari pun bukannya lambat sangat."

Aku turut berazam untuk bayar PTPTN aku setiap bulan tanpa gagal. Tahun lepas sahaja aku terpaksa membayar RM700 untuk kos pentadbiran, mahal sungguh. Lagi, aku nak tambah berat badan, kurangkan makan jajan, dan kembali melukis. Lama sungguh aku tak melukis. Kepada para peminat, harap sabar menunggu.

Yang paling penting, aku nak kawal perbelanjaan aku. Pantang sungguh aku melihat barang-barang yang cantik, pasti aku akan dapatkan. Tahun lepas sahaja, aku dah membayar bil kredit kad RM10k. Entah apa-apa yang aku beli. Jadi tahun ini aku akan lihat sahaja barang-barang cantik itu, telan air liur, dan kata ,"Cobaan" ,sebanyak tiga kali. Harap aku berjaya.

Tadi, aku baru sahaja buka akaun facebook. Ramai benar orang jual itu-ini dalam facebook. Kemudian aku ternampak baju kurung cotton yang sungguh cantik. Captionnya berbunyi 'sale' dengan huruf besar siap dengan tanda seru.

Cinabeng.

Ahh, nampaknya aku baru langgar azam aku nombor satu.

Thursday, December 2, 2010

7. Mee Goreng Paling Sedap dalam Dunia

Jika anda bukan penggemar mee goreng, sila skip entry ini.

Aku adalah manusia tipikal yang membuat order tipikal setiap kali makan di luar, tak lain dan tak bukan, aku akan mengorder mee goreng walaupun ada banyak lagi makanan yang lazat-lazat di kedai tersebut. jadi dialog wajibku adalah,

"Nak mee goreng satu, kaw-kaw."

Seperti korang semua, aku turut mengidamkan item yang ku order itu berasa lazat. tapi, selalunya menghampakan. contoh-contoh hampa adalah:

1. mee terkurang kicap
2. tiada udang-udangan di dalam mee tersebut
3. rasa beliau seperti mee mesyuarat sahaja (mee percuma yang wujud selepas mesyuarat)
4. mee terlebih kicap
5. ada kumbang, lalat, dsb di dalam mee.
6. taugeh lebih banyak daripada mee menyebabkan aku terfikir, "baik aku order taugeh je tadi."

Aku adalah seorang yang hampa sehinggalah aku menemui sajian kebahagiaan mee sejati di Kedah. jika anda pergi ke Kedah, silalah pergi ke Kuala Nerang (40 minit dari Alor Setar). Di Kuala Nerang, ada sebuah restoran bernama Selasih. di situlah mee goreng paling sedap dalam dunia dapat dijumpai.

Meenya berwarna coklat keemasan beserta ketulan ayam empuk dan lazat disertai udang yang manis dan segar. di atasnya dihias hirisan timun dan tomato yang selalunya aku tak makan dan juga taugeh yang kurus-kurus. rasanya adalah sempurna. mee goreng paling sempurna!

Aku sanggup tinggal di Kedah kerana itu.

Friday, November 5, 2010

6. Ketypicalan

Pakar bahasa mesti marah kat aku kerana mencampur-adukkan Bahasa Inggeris dengan imbuhan Bahasa Melayu. tak apalah, silakan...

ada banyak perkara tentang kita yang semua orang pun turut alami. tak tahulah kamu semua, tapi beberapa orang kawanku turut meng'iyakannya.

1. Lagu-lagu macam 'Polis Entri', 'Lantak Lan Botak' dan 'Kom apa? Kombat. Bat apa? Batman. Man apa?...' yang aku nyanyi sejak kecil turut dinyanyikan oleh ramai umat manusia kat Malaysia ni. tanyalah kawan-kawan yang berasal jauh dari negeri anda kalau tak percaya. walaupun geografi kita berlainan, nampaknya pencipta lagu tersebut mungkin rajin berjalan-jalan dan menurunkan lagu itu kepada orang awam. banyak lagi lagu lain yang aku malas nak nyatakan di sini.

2. Bila nampak kipas (jenis yang pusing ke kanan kiri tu, okey), kita akan membuka mulut dan berkata, "Aaaaaaa.....", dan suara kita bergema. dan kita rasa macam cool...

3. Waktu kita kecil-kecil, kalau kita terjatuh ataupun terhantuk kat mana-mana, dan kita akan menangis dengan kuatnya akibat kesakitan, mak-mak kita akan pukul lantai (tempat kita jatuh) ataupun almari (tempat kita terhantuk) sambil bercakap "Jahat lantai (atau almari, atau apa-apa je lah) ni..." Lepas tu kita pun berhenti menangis, sebab bagi kita, mereka dah dapat pembalasan, padahal sebenarnya ianya tak kena mengena. Pelik, tapi aku pun turut berbuat demikian bila Z jatuh dan dia akan berhenti menangis.

4. Bila mak kita bagi nasihat tentang kehidupan, kita akan menjawab, "Tapi cikgu cakap...", seolah-olah cikgu kita lah yang paling tau sekali. ha ha ha kerana sekarang aku adalah cikgu.

ada banyak lagi. nanti aku sambung...

Thursday, October 28, 2010

5. Kegilaanku kepada merah

Umum tahu aku memang suka merah.

Eh? masalahnya aku bukannya diketahui umum pun. biar ku cuba sekali lagi. 1, 2, 3, mula...

aku suka merah. suka sangat-sangat. apa sahaja yang berwarna merah buat aku bahagia. bila bertukar-tukar biodata waktu kenalkan diri dalam kelas, itulah perkara yang akan aku canang-canangkan. macamana aku tau aku suka merah? senang saja.

tiap kali beli aksesori baru seperti meja dan alat tulis, aku nampak yang warna merah aje cantik.
dulu aku pernah mahu namakan anakku Merah. stylo, bukan?
merah lebih senang dieja dan disebut berbanding turqoise.
bila ada rumah nanti, pintu utamaku mesti berwarna merah. dan sofa juga.

tapi, aku adalah paling takut tengok darah. sebab itulah aku tak jadi doktor.
dan aku paling benci lampu merah ketika aku betul-betul rasa nak kencing ketika di jalanraya.

yang peliknya, kalau aku betul-betul suka merah, kenapa kebanyakan bajuku berwarna kelabu?