Tuesday, January 18, 2011

8. Azam Tahun Baru

Aku suka tahun baru. Sebab tiap-tiap tahun aku berazam baru. Mula-mula aku berazam time Maal Hijrah. Heh. Bila aku dah langgar mana-mana azam (contohnya nak berhenti cakap b*%#@ atau c%#@*+^$), aku akan pujuk diri sendiri. Tak apalah, biar aku mula time tahun masihi sahaja. Jadi, Januari setiap tahun, senarai azamku akan jadi panjang.

Tahun ini aku berazam akan buat kerja dengan sungguh cepatnya. Tapi nampaknya aku dah gagal sebab entri ini sepatutnya ditulis pada 1 Januari 2011. Tapi aku pujuk diri sendiri dengan mengatakan, "Tak apalah... 18 Januari pun bukannya lambat sangat."

Aku turut berazam untuk bayar PTPTN aku setiap bulan tanpa gagal. Tahun lepas sahaja aku terpaksa membayar RM700 untuk kos pentadbiran, mahal sungguh. Lagi, aku nak tambah berat badan, kurangkan makan jajan, dan kembali melukis. Lama sungguh aku tak melukis. Kepada para peminat, harap sabar menunggu.

Yang paling penting, aku nak kawal perbelanjaan aku. Pantang sungguh aku melihat barang-barang yang cantik, pasti aku akan dapatkan. Tahun lepas sahaja, aku dah membayar bil kredit kad RM10k. Entah apa-apa yang aku beli. Jadi tahun ini aku akan lihat sahaja barang-barang cantik itu, telan air liur, dan kata ,"Cobaan" ,sebanyak tiga kali. Harap aku berjaya.

Tadi, aku baru sahaja buka akaun facebook. Ramai benar orang jual itu-ini dalam facebook. Kemudian aku ternampak baju kurung cotton yang sungguh cantik. Captionnya berbunyi 'sale' dengan huruf besar siap dengan tanda seru.

Cinabeng.

Ahh, nampaknya aku baru langgar azam aku nombor satu.

No comments:

Post a Comment

komentari best