Friday, November 5, 2010

6. Ketypicalan

Pakar bahasa mesti marah kat aku kerana mencampur-adukkan Bahasa Inggeris dengan imbuhan Bahasa Melayu. tak apalah, silakan...

ada banyak perkara tentang kita yang semua orang pun turut alami. tak tahulah kamu semua, tapi beberapa orang kawanku turut meng'iyakannya.

1. Lagu-lagu macam 'Polis Entri', 'Lantak Lan Botak' dan 'Kom apa? Kombat. Bat apa? Batman. Man apa?...' yang aku nyanyi sejak kecil turut dinyanyikan oleh ramai umat manusia kat Malaysia ni. tanyalah kawan-kawan yang berasal jauh dari negeri anda kalau tak percaya. walaupun geografi kita berlainan, nampaknya pencipta lagu tersebut mungkin rajin berjalan-jalan dan menurunkan lagu itu kepada orang awam. banyak lagi lagu lain yang aku malas nak nyatakan di sini.

2. Bila nampak kipas (jenis yang pusing ke kanan kiri tu, okey), kita akan membuka mulut dan berkata, "Aaaaaaa.....", dan suara kita bergema. dan kita rasa macam cool...

3. Waktu kita kecil-kecil, kalau kita terjatuh ataupun terhantuk kat mana-mana, dan kita akan menangis dengan kuatnya akibat kesakitan, mak-mak kita akan pukul lantai (tempat kita jatuh) ataupun almari (tempat kita terhantuk) sambil bercakap "Jahat lantai (atau almari, atau apa-apa je lah) ni..." Lepas tu kita pun berhenti menangis, sebab bagi kita, mereka dah dapat pembalasan, padahal sebenarnya ianya tak kena mengena. Pelik, tapi aku pun turut berbuat demikian bila Z jatuh dan dia akan berhenti menangis.

4. Bila mak kita bagi nasihat tentang kehidupan, kita akan menjawab, "Tapi cikgu cakap...", seolah-olah cikgu kita lah yang paling tau sekali. ha ha ha kerana sekarang aku adalah cikgu.

ada banyak lagi. nanti aku sambung...

No comments:

Post a Comment

komentari best