Friday, January 21, 2011

10. Pengalaman Aku Pergi Kerja Naik Bas

Dulu, sewaktu aku masih belajar kat UiTM Shah Alam, aku bekerja sambilan di McDonald's KLIA. Happynya waktu tu toksah katalah. Pegang duit poket sendiri mengenalkan aku kepada hobi membeli-belah. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Aku pergi kerja naik bas. Satu lesson yang aku belajar dari kakak aku yang turut bekerja di KLIA adalah, bila nak naik bas, jangan cakap kat driver, "Nak pergi KLIA", sebaliknya cakap, "Airport ya," sebab menurut kakakku, ayat yang pertama itu cuma digunakan oleh orang Indon dan Nepal sahaja.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Waktu tu uniform McD adalah baju kaler oren terang yang ada tulisan "I'm Lovin' It". Waktu tu juga aku adalah seorang budak baik yang tak pakai seluar apabila keluar, jadi aku akan pakai pakaian biasaku iaitu jubah dan tudung litup yang menutup dada. Sampai tempat kerja, baru aku tukar kepada baju oren uniform itu.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku pergi kerja macam biasa. Naik bas Sepang dengan harga tiket sehala RM2.20 ke KLIA. "Airport ya", kataku kepda driver India yang selalu senyum-senyum tu. Aku pakai jubah warna krim pastel, dan tudung ada corak bunga-bunga. Macam biasa, tak ada pun tempat kosong dalam bas tu, jadi aku berdiri di sebelah tempat duduk seorang gadis India. Kat sebelah gadis India tu ada seorang pakcik. Dia senyum kat aku. Bagi menghormati orang yang lebih tua, aku pun balas senyuman tu.

Gadis India tu tiba-tiba bangun. Oh, rupa-rupanya dia dah sampai ke destinasi. Memandangkan sangatlah azab berdiri dalam bas Sepang, aku pun duduklah kat tempat gadis India tadi, di sebelah pakcik senyum tu. Di kala aku sedang menikmati tiupan angin yang menerbangkan tudungku ke sana ke mari, tiba-tiba pakcik tu bertanya soalan yang boleh buat aku kembang hidung sampai sekarang,

"Anak ni kerja pramugari ya?"

No comments:

Post a Comment

komentari best