Monday, May 17, 2010

1. Entri Pertama

aku bukan pandai sangat menulis pun. aku benci buat karangan. agaknya lah, cikgu pun benci nak baca karangan aku. tapi sekarang aku dah ada blog. bukan itu sahaja, ini adalah entri pertamaku. perlukah aku menulis sesuatu yang menarik?

aku rasa tak perlu. aku rasa belum perlu.

tapi ada sesuatu yang aku nak kongsi dengan kalian. ada beberapa perkara yang buat aku gembira. sangat-sangat gembira. tak cukup convincingkah aku? biar aku tulis semula dalam capital letter.

SANGAT-SANGAT GEMBIRA.

selalunya, perkara-perkara kecillah yang buat aku gembira. perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak perasan, tapi mampu buat kita tersenyum. ketawa malah. maka, itulah yang aku mahu kongsikan bersama kalian. mana tahu korang pun rasa happy dengan perkara yang aku happy.

entri ini adalah perkara pertama yang buat aku happy. kenapa? sebab ini adalah sesuatu yang baru bagiku. buat benda baru buatku happy. bila aku happy, aku rasa nak makan. bukankah makan itu perkara baik? ya. tak cukup convincingkah aku? biar aku tulis semula dalam capital letter.

AKU NAK MAKAN.

3 comments:

  1. Permulaan yang bagus. Teruskan menulis.Kak Tia akan menjadi follower Manja hek3...

    ReplyDelete
  2. hehehe....thanks,kak tia...saya teruja bila baca blog kak tia...bila dah start, malu pulak nk bgtau coz sy tulis tahpape...haha...

    ReplyDelete
  3. bagus manja!! mari kite menulis, luahkan di papan kekunci.. sebarkan di alam maya..

    ReplyDelete

komentari best