bukan itu sahaja. sebaris ayat yang singkat mengambil lima minit masaku, hanya untuk memahami perkataan-perkataan di dalam ayat tersebut. bayangkanlah betapa sengsaranya aku tiap kali musim exam. kadang-kadang aku pura-pura je paham ayat tersebut dan jawab soalan ikut suka aku.
maka dengan alasan itulah aku kata aku suka membaca. aku menghabiskan banyak masa di library berbanding dengan dapur. aku lebih senang habiskan duit beli buku dan majalah berbanding dengan topup. memang iyalah... kerana aku menggunakan postpaid, bukan prepaid. heh.
membaca buat aku gembira. sama gembiranya macam orang mengantuk disorongkan bantal. walaupun dalam sehari aku cuma mampu menghabiskan beberapa mukasurat sahaja disebabkan masalah dyslexia ku, itu sudah cukup bagiku. aku puas hati. self fulfillment di situ.
sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
komentari best