Monday, July 19, 2010

4. Poket Doraemon

kalaulah anda diberi peluang tuk jumpa Doraemon dan mintak satu alat dari beliau, apakah yang anda nak?

Aku dah tanya kawan-kawan aku. F dan T (bukan nama sebenar) pilih Pintu Suka Hati. Senang nak pergi mana-mana, kata mereka. Nak balik rumah kat Terengganu dari Kedah pun senang. Hari Raya pun tak payah nak gaduh tahun ni nak balik rumah siapa. A pula nak Cecair Pengganda. Cecair itu akan menggandakan apa sahaja yang kita suka, hanya dengan menitikkannya kepada benda yang kita nak gandakan. ia akan mengganda setiap 5 minit ; 1 akan jadi 2, 2 akan jadi 4, 4 akan jadi 8, dan seterusnya. A cakap nak titikkan kat not RM50. yalah, dalam sejam saja dah boleh jadi RM204,800.00. tunai. tu baru sejam. cuba kira sehari dapat berapa banyak. sebulan? setahun?? perghhhh...

aku pula, aku dah lama inginkan Kayu Berpelekat Ajaib. biar aku buat soundtrack dia.

ting ting ding ding. "kisah Kayu Berpelekat Ajaib"... (sila ikut bunyi seperti dalam tv)

kayu tu memang ajaib. apa yang perlu aku buat cumalah duduk depan tv. bila aku nampak apa yang aku nak, cuma pukulkan kayu tu kat tv dan pelekatnya akan tarik benda dalam tv tu keluar. ajaib, kan? aku boleh tarik semua benda dari tv; kereta, peti ais, sk-II, kasut baru, dan lain-lain. tak perlulah aku keluar tuk bershopping. suamiku tentu gembira (hahahahahah).

dan... perkara pertama yang akan aku buat adalah...

tarik keluar Siti Nurhaliza, minta autograf dia, pastu pulangkan balik kat tv...
(harap-harap Siti Nurhaliza baca ni)

3 comments:

  1. Saya nak Pintu Kemana Sahaja, supaya saya boleh balik ke rumah atau melancong ke mana sahaja yang saya suka dengan senang. Kalau time raya, lagi senang sebab tak perlu terperangkap di jalanraya.Malah ia boleh mengelakkan kemalangan jalanraya.Bukan itu sahaja, ia malah menjimatkan!

    ReplyDelete
  2. kak m*n*a!! it's nani!! XD

    ReplyDelete
  3. Hey Nani!~ hahahaha.... we should hang out sometimes... heh..

    ReplyDelete

komentari best